Sunday, 24 February 2013

Keistimewaan Solat Dalam Kehidupan


Ibadat terap pembinaan moral, disiplin, perpaduan sesama ummah 


PERISTIWA Israk dan Mikraj menjadi bukti perjalanan Nabi Muhammad SAW menembusi dimensi waktu serta tempat dalam rangka menerima perintah solat secara langsung daripada Allah SWT, tanpa melalui perantaraan malaikat. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peranan solat dalam kehidupan umat Islam. 


Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1) 


Jika diamati secara mendalam, ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril, sedangkan ibadat lain seperti puasa, zakat dan lain-lain difardukan kepada umatnya melalui perantaraan wahyu disampaikan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah. 

Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah ini sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat di sisi Allah. Dalam Islam, solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama. 

Solat adalah satu kewajipan secara langsung dari Allah kepada Rasulullah dan juga kepada umatnya yang dinilai sebagai satu amalan komunikasi menghubungkan antara manusia dan Allah. Jelas di sini bahawa solat bukan hanya sekadar rukuk dan sujud tanpa pengisian jiwa dan hati sanubari dengan iman. 

Sebaliknya solat adalah satu bentuk ibadat yang menuntut keikhlasan, ketakwaan dan kekhusyukan Muslim semasa menghadap Allah. 
Peringatan peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu momentum bagi umat Islam untuk melakukan muhasabah diri terhadap kualiti solat dan mengambil pengajaran daripada nilai solat. Ini kerana solat yang dilakukan dengan penuh adab dan penuh khusuk, mampu mengubah seseorang Muslim menjadi lebih bertakwa dalam kehidupan peribadi dan sosialnya. 

Di antara nilai solat itu adalah solat mendidik Muslim menyucikan dirinya dari sifat buruk. Hal ini ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45) 

Kedua, solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah. Ini kerana setiap Muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu kiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya mewujudkan kesatuan dan perpaduan ummah. 

Natijah daripada kesatuan dan perpaduan ini akan mewujudkan perasaan saling memahami dan saling melengkapi antara sesama Muslim. 

Ketiga, solat mendidik Muslim supaya memiliki disiplin waktu. Setiap Muslim yang menunaikan solat akan selalu memerhati dan menunggu masuknya waktu solat, sekali gus akan berusaha menunaikannya tepat pada waktunya, di samping menundukkan nafsunya untuk tidak tenggelam dalam kesibukan duniawi. 

Keempat, solat mendidik setiap Muslim kepentingan tertib atau susunan organisasi. Solat berjemaah yang didirikan menuntut susunan jemaah yang berbaris lurus di belakang imam dengan memastikan tiadanya celah kosong antara setiap jemaah di kanan kirinya di samping menyedarkan umat Islam perlunya tertib organisasi di dalam segala lapangan hidup ummah. 

Kelima, solat mendidik Muslim terhadap ketaatan kepada pemimpin. Mengikuti imam dalam setiap gerakan rukun solat, dengan tidak mendahuluinya walau sesaat pun, menunjukkan adanya ketaatan dan komitmen yang tulus dari makmum, serta menjauhkan diri daripada keingkaran terhadap perintahnya, selama mana perintah itu tidak menjurus ke arah maksiat. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan sama sekali kepada makhluk dalam keadaan bermaksiat kepada Allah SWT.” (Hadis Riwayat Ahmad). 

Keenam, solat mendidik Muslim memiliki sifat keberanian menegur dan memperingatkan pemimpin. Jika imam terlupa dalam sesuatu rukun solat, maka makmum berkewajipan untuk memperingatkan dan menegur imamnya dengan membaca subhanallah. 

Hal ini menunjukkan kewajipan rakyat untuk memperingatkan pemimpinnya jika melakukan kesalahan atau kesilapan dalam kepimpinannya atau tidak menunaikan hak kepada rakyatnya. 

Ketujuh, solat menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim. Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun pada saf yang paling hadapan. 

Gambaran ini menunjukkan adanya persamaan hak tanpa mengambil kira kedudukan mahu pun tua umurnya, bukan saja di dalam solat jemaah, bahkan dalam arena kehidupan ummah. 

Kelapan, solat mendidik umatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mendirikan solat secara istiqamah memberikan kesan kesihatan yang menyeluruh, yang dihasilkan melalui gerakan di setiap rakaat, yang dilaksanakan pada setiap hari secara minimum 17 rakaat secara seimbang. Dalam erti kata lain, solat adalah satu bentuk riadah fizikal dengan cara sederhana dan mudah gerakannya. 

Jika nilai solat ini dapat diterjemahkan secara holistik dalam kehidupan setiap Muslim, maka sudah pasti satu transformasi dalam setiap dimensi hidupnya ke arah yang lebih baik akan dapat dicapai. 

Info 
Kelebihan solat:
 

  • Mengubah seseorang Muslim menjadi lebih bertakwa dalam kehidupan peribadi dan sosialnya 
  • Mendidik Muslim menyucikan dirinya daripada sifat buruk 
  • Mendidik kesatuan dan perpaduan ummah 
  • Menghargai waktu 
  • Mendidik ketaatan kepada pemimpin 
  • Menanam sikap berani dalam diri Muslim iaitu bersedia menegur pemimpin buat kesilapan 
  • Menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim

Atas Nama Kawan@ Sahabat?

Mereka keluar berdua, makan-makan dan melepak atas bukit. Ambil angin katanya. Bila ditanya, mereka jawab : ” kami hanya kawan biasa. Kebetulan dia ada masalah, nak cari tempat meluah, jadi saya luangkan masa. Lagipun, kami masing-masing dah berpunya “.
Sila ambil perhatian. Bercouple itu menjadi haram bukan kerana namanya coupleatau semata kerana isu ‘aku cinta kau, kau cinta aku’. Couple menjadi haram dek kerana wujudnya gejala berdua-duaan, bercakap dari hati ke hati tanpa had batasan dan sebagainya. Jadi, jika berlaku elemen-elemen tersebut, tidak kiralah namanya ‘kawan’ , ‘sahabat’ ataupun ‘couple’ , hukumnya tetap adalah haram. Ia termasuk dalam kategori khalwat dan mukaddimah zina.
Ada lagi contoh situasi lain.
Si lelaki aktif dalam sesuatu pertubuhan. Ada kenalan ataupun sahabat wanita dalam pertubuhan yang sama. Mereka ramai, bekerja dan bergerak bersama. Tetapi dalam diam-diam, si lelaki suka ‘mengadu masalah dari hati ke hati’dengan salah seorang kawan atau sahabat wanitanya. Hampir setiap malam bergayut di telefon. Bila ditegur, katanya ; saya mengadu kepada sahabat saya. Soalnya, mengapa sedemikian ramai sahabat sama jantina yang ada, sahabat lain jantina juga yang dicari?
Kalau jawabnya ; yang wanita lebih memahami, saya selesa mengadu kat dia, dan kadang-kadang dia pun mengadu kat saya – maka jatuh hukum haram, kerana wujudnya elemen mukaddimah zina dan ‘khalwat’ dalam telefon. Apatah lagi tujuannya langsung tidak ada ciri-ciri Taqwa.

BAGAIMANA YANG BOLEH?
Cuba lihat di mana anda berada.
Kalau dalam situasi anda di kampus, anda tentu punya rakan sekuliah atau sepersatuan. Mungkin terlibat dalam program, kerja bersama dan sebagainya. Maka anda boleh saja menganggap ‘muslimin itu sahabat saya’ atau ‘muslimat itu sahabiah saya’. Bahkan ia berpahala kiranya disandarkan kepada firman Allah : Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.
Tetapi, menganggap mereka sebagai sahabat atau sahabiah, tidak bermakna kita boleh ‘masuk’ ke dalam kehidupan mereka seperti kita masuk ke dalam kehidupan sesama kita. Maka, undang-undang pergaulan sangatlah perlu untuk dijaga.
Kalau dalam contoh bekerja pula. Katakan kita sebagai wanita, dan ketua kita adalah lelaki. Masing-masing boleh menganggap sesama sendiri sebagai sahabat. Tetapi jika berhubung, perbincangan hanyalah tentang hal-hal kerja sahaja. Selagi mana topiknya tidak tersasar, ia tidak menjadikan kita salah. Kita akan mula menjadi salah, apabila topik sedikit demi sedikit beralih dari hal kerja kepada hal peribadi, dari satu jam kepada berjam-jam, dari menaip kepada bergayut dan sebagainya.
Justeru, yang boleh tetap boleh, selagi mana tidak diresapi unsur-unsur yang menjadikannya sebagai tidak boleh.

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan Bersahabat?

Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia dalam keadaannya yang pelbagai bangsa dan berbeza jantina. Berbeza kabilah dan berbeza puak. Berbeza bahasa dan berbeza negara. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana terhadap segala percaturan dan penetapanNya. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang berfikir.

Masih dalam ruang lingkup perbincangan yang penting, iaitu hubungan antara lelaki dan wanita. Allah dengan penuh bijak menciptakan kita ada yang lelaki dan ada yang wanita. Tidak Allah ciptakan hanya lelaki di muka bumi, begitu juga tidak hanya wanita. Dan kewujudan kedua-duanya pula disertai dengan beberapa garis panduan penting, yang hanya akan dikecapi hikmahnya oleh manusia cerdik lagi suka berfikir.
LELAKI SEBAGAI LELAKI, WANITA SEBAGAI WANITA
Kedua-dua lelaki dan wanita, hidup sebagaimana yang ditetapkan ke atas mereka. Lelaki cenderung menjadi gagah lagi kuat fizikalnya, manakala wanita cenderung menjadi lembut dan tertib. Lelaki sampai kiamat tidak akan boleh mengandung apatah lagi beranak. Wanita pula pasti akan didatangi haid dan sebagainya.
Mereka, lelaki dan wanita, hidup sebagai diri mereka. Satu sama lain tidak boleh menukar keistimewaan diri masing-masing walaupun kedua-duanya mahu.
Islam, sebagai satu cara hidup yang paling sempurna dan sesuai untuk semua manusia, tidak hanya berbicara perihal solat dan zakat. Bahkan Islam juga membicarakan tentang bab mu’amalat iaitu perhubungan sesama manusia. Termasuk juga perbincangan tentang perhubungan antara lelaki dan wanita.
Apabila lelaki dan wanita hidup sebagai diri masing-masing, maka di sana ada etika tertentu yang perlu mereka patuh dan ikut jika mahu berhubung sesama mereka. Sungguh Allah itu tidak zalim dan kejam, sehingga menyekat manusia berjantina lelaki untuk hidup serta bergaul sesama lelaki sahaja manakala wanita juga hanya bergaul sesama wanita sahaja.
Salah faham seperti ini, kerapkali menjadikan wanita sebagai mangsa, sehingga pergerakan mereka terbatas dan sudut pandang mereka menjadi sempit. Hakikatnya, mangsa yang sebenar bukanlah wanita sebaliknya Islam itu sendiri ditohmah sebagai punca kepada sindrom tersebut.

PERGAULAN DAN PERSAHABATAN
Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, Islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.
Secara dasarnya, kedua-dua lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Tidak ada istilah hanya lelaki boleh maju, wanita perlu duduk di rumah. Islam itu prinsipnya bukan menyekat, sebaliknya memberi saluran dan alternatif.
Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu dalam lapangan-lapangan tertentu. Seumpama kehidupan di kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan pada masyarakat. Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita, dan wanita pula akan bertemu lelaki.
Islam tidak menghalang perkara tersebut.
Tidak haram lelaki bertemu wanita dalam satu-satu lapangan kerja, begitu juga wanita tidak haram bertemu lelaki. Mereka boleh berhubung, bergaul dan bekerja bersama-sama.
Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul. Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan adalah menjaga pandangan.
Dan bab menjaga pandangan ini cukup teliti dan panjang untuk diulas. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar di sebalik arahan Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.
Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah je la?
Bukan.
Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.
Jangan dan jangan ini, untuk kebaikan manusia sendiri. Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke hati. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya bila bertemu jalan buntu, zinalah menjadi jalan keluar paling mudah.
Itu baru satu etika.
Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Antara lain :
1. Jangan berdua-duaan
2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
4. Jangan bermain soal hati
5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina
6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’
7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.

Thursday, 21 February 2013

What I Like It...




 Hijabster : Tudung Datin Norjuma
Hijabster : Tudung Datin Norjuma




Pelbagai rekaan serta fesyen-fesyen tudung terdapat masa kini. Dari segi material ia terdiri dari pelbagai material juga, ada yang telah direka khas dengan sulaman manik dan ada juga ditambah dengan hiasan seperti bunga-bunga tampalan dan juga hiasan riben-riben. Namun semakin banyak rekaan diluar sana dihasilkan semakin banyak juga lagi keluaran fesyen terbaru boleh didapati dipasaran.
Antara barisan selebriti Malaysia yang mengambil kesempatan dalam mereka hasil tudung jenama tersendiri adalah Datin Norjuma. Beliau baru-baru ini telah membuat produk terbaru rekaan tudung bawal. Menghasilkan tudung bawal dwi tone dan rekaan tudung bawal dengan hiasan riben yang ringkas membuatkan jenama beliau setaraf dengan jenama-jenama tudung lain yang ada dipasaran.
Datin norjuma telah membuka beberapa kiosk butik tudung diberi nama AJ Bawal. Nama Aj diberikan sempena nama beliau sendiri iaitu Aidijuma. Beliau juga turut membuat penjualan menerusi online website beliau iaitu aidijuma .com.
                 

Monday, 11 February 2013

Snap Picture before go back to Home




Assalamualaikum,,, hari ni aku post pasal sempat snap picture dalam class...
Haish,, hehe... Ni la kawan-kawan aku... Nampak tak tiket train.. aku balik Naik train la dengan Zira.. Best sangat... Kenangan yang terindah dapat balik bersama Zira lagi... hehe.. Haa, yg pakai cermin mata tu la kawan aku jugak,,, Sama kolej la katakan,, pergi class pun sama-sama... sempat amik gambar masa class IMD 208 HTML dalam Lab pulak tu.. Dan aku pun happy jugak sebab budak lelaki dalam class aku datang awal class hari tu... thanks to you all... =)

Thursday, 7 February 2013

Tudung cantik AJ








Sebelum gaya tudung sarung moden masa kini menjadi popular, kebanyakan wanita di Malaysia memakai tudung bawal. Secara peribadi, kami sendiri lebih sukakan tudung bawal dari tudung jenis sekarang kerana mudah dibentuk dan dipakai dalam pelbagai gaya. Baru-baru ini, bekas personaliti TV3, Datin Norjuma Habib telah melancarkan koleksi Tudung Aidijuma yang terdiri dari tudung-tudung bawal dua tona, renda, polka dot dan sebagainya. Jom kita layan gambar-gambar Norjuma mengena
kan tudung-tudung bawal koleksi Aidijuma ini.

Photobucket
Mungkinkah tudung bawal akan kembali popular dan menjadi pilihan utama wanita Malaysia selepas dipopularkan semula oleh Norjuma? Lagi 5 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Tudung Aidijuma.

Cik Tedd... =)



Assalamualaikum,,, hari ni aku post tentang barang kesayangan aku.. Ni la barang yang aku paling sayang... Kenangan ni sebab ada orang bagi time aku Cuti Krismas hari tu... Nama teddy bear ni Cik Tedd.. kalau Cik Tedd tak ada, tak boleh tido lah aku jawabnya. Aku sayang sangat Teddy Bear Ni.. Yang situation ni dalam bilik kat kolej aku la ni.. Maaf ya... Bukan kat rumah... Nampak tak buku kat belakang atas meja kat bawah tu.. Haa,,, ni kat Kolej Mutiara..